Aku ditakdirkan mengajar subjek pendidikan seni sebagai tambahan untuk mencukupkan waktu pengajaran 12 masa. 10 masa adalah waktu sains.... walhal aku xpenah pon dalam seumur hidup dapat A dlm subjek pendidikan seni, sebab, sememangnya sudah ditakdirkan aku ni tak kreatif langsung.. aku rase dlm 3 org anak incik zaabah, aku sememangnya terkenal dgn ketidakkreatifannya... sedangkan nak melukis orang lidi pon hodoh.. apatah lg melukis pemandangan, ruang, bentuk, rupa dan sebagainya... Dan kali terakhir aku belajar melukis pada ketika tingkatan1-2. Masa tu encik Amir yang mengajar di semashur. Kemudian aku dah beralih arah menukar kelas ke kelas muzik di mana tidak memerlukan aku melukis lukisan-lukisan hodoh lagi... huhuhuu~ di Upsi juga aku tidak diajar bagaimana mahu mengajar subjek seni ini...
Nak dijadikan cerita, di SMK JT ni, mrs Ong telah menukar jadual aku untuk mengajar seni 1B... Pertama kali mengajar adalah pada minggu lepas..budak2 salin nota saja pada ketika itu.. Puan Ruzanah selaku guru pendidikan seni pun beritahu 'ala..kamu suruh je budak2 tu salin nota kat buku rujukan,, xyah melukis.. ngada2 je budak tuh...' Aku pelik, bukan ke subjek ni memerlukan bdk2 melukis, bile dalam kelas bdk2 memberontak nak minta melukis, aku janji dgn mereka, minggu depan melukis..
Nak dijadikan cerita lagi.. sebagai guru prektikel, mmg la subjek major (sains) diutamakan, dan sentiasa bersedia menerima kunjungan lecturer.. Tetapi, kebiasaannya, lecturer akan observe pada waktu pengajaran sains.. dan bukannya subjek yang hanya utk mencukupkan waktu...
Malangnya, pada hari ini, encik zahid call lagi sejam sebelum bermula kelas pendidikan seni mengatakan die mahu observe kelas pengajaran seni,, alangkah pelik bin ajaib bin memeningkan kepala aku sebagai guru yang baru dua hari mengajar subjek seni.. sedangkan silibus pun belum dihafal..ini kan pula mahu diobserve dan diberi markah...
dan dijadikan cerita semula, kelas pengajaran pada hari tersebut aku kira berjalan lancar,, cuma ade dua-tiga pelajar minta lebih perhatian sbb mereka xreti melukis.. disuruhnya aku melukis sofa, kerusi roda, tilam, meja solek dan sebagainya~ alahai student ku sayang... cikgu mu ini xkreatif dan tiada nilai2 seni dan estetika dalam diri cikgu ni.. tapi sudah dinamakan 'cikgu', maka aku dengan yakin melukis apa saja yg mereka mahukan.. konfidennn jee....
Ulasan lecturer?? kawalan kelas yang perlu diperbaiki... BuKAN aku tidak bersyukur.. tapi, biasa la, dalam diri manusia ni mmg ade secubit rasa ketidakpuasan hati, walaupun aku cuba untuk memadamkan perasaan tersebut.. huhu, sudah bukan rezeki aku.. itu yang aku ckp dlm hati ni selalu...
antara ketidakpuasanhatiku? tidak perlulah dihighlight di sini ye, kerana ruangan dibawah ini adalah untuk aku seorg sahaja, jika anda merasakan saya tidak patut berperasaan begini, maka anda abaikan ruangan ini...
'Pelajar ku majoritinya adalah **** yang tidak reti bahasa melayu.. english pon tongganglanggang... pelajar bangsa ini sememangnya jenis bercakap dengan nada tinggi (bising) dan juga kuat bercakap di dalam kelas... hanya mahu bermain, dan subjek pendidikan seni sememangnya dianggap mereka sebagai subjek mainan.. dan aku juga baru sahaja memegang kelas ini pada minggu lepas.. tidakkah layak aku menerima sedikit belas kasihan mahupun budi bicara darpd lecturer tersebut? tidakkah dia mahu memberi peluang kedua?