Daisypath Wedding tickers

Daisypath Wedding tickers

Thursday, December 29, 2011

Jawatan

Hampir tiada istilah cuti dalam masa sebulan cuti sekolah ni..gara2 spm dan kerja2 di sekolah, jadual dan sebagainya..

Tapi xpe lah, kalau cuti lama2 sangat pun cuma banyak membuang masa dan membuang duit je..

Seronok juga jadi pengawas spm ni,
Bertambah kawan2 guru dari sekitar daerah klang, yang bestnye bila elaun masuk minggu lepas..mula2 ingatkan sikit, rupa2nya bole tahan juga..alhamdulillah..

Macam biasa bila ade duit lebih,kite labur kan pada keluarga dan persediaan majlis kahwin..

Selesai saja mengawas spm, tanpa berehat lama, kami guru2 smk meru dah diarahkan hadir mesyuarat2 penting..

Kalau kebanyakan sekolah bermula mesyuarat pd minggu ni, kami dah bermula dari minggu lepas lagi.. nonstop meeting..

Kelmarin (selasa) kami menghadiri mesy pengurusan.. Hasil dapatannya, ANTARA jawatan aku pd 2012:

Jwtnkuasa induk kurikulum -pen su
Jwtnkuasa PBS -pen su
Jwtnkuasa jadual waktu-2tahun dah
Jwtnkuasa biasiswa kebajikan-pengurusan oku
Setiausaha panitia geog- xpenah ajar n bukan opsyen
Ketua rumah sukan pertiwi
Ketua penasihat kadet pertahanan awam
Guru tingkatan
Guru subjek sains dan geografi


Pheww! Semoga 2012 yg mendatang lebih baik daripada 2011..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, December 14, 2011

Kajian susulan

Tak lama selepas konvo dulu, pelajar lepasan UPSI diwajibkan mendaftar dalam lamanweb KPT utk kajian susulan samada sudah bekerja atau belum..

Sejak 2-3bulan kebelakangan ni, pihak KPT kerap hantar emel jemputan menyertai kajian susulan drpd lamanweb mereka.. Dah 2-3 emel aku abaikan, tp KPT setia sungguh hantar emel.. Sampai aku xlarat nak delete dah..


So semalam try la daftar masuk, isi alamat emel, kad pengenalan dan nama penuh, tapi xkeluar pula soalan2 tu..
Peliknya setiap kali daftar masuk, arahan web itu suruh kembali ke laman utama, kemudian disuruh pula kita daftar dengan sistem 'ADA'.. Yang mana kita diberi 'ADACODE' dan password,


Apa fungsi sistem ADA ni pn tidak diberi keterangan dengan jelas.. Namun peserta kajian ini dijanjikan dengan insentif dalam bentuk hadiah cabutan bertuah..

Untuk rujukan klik ke: graduat.mohe.gov.my/kajiansusulan

Atau search facebook mereka: kajian susulan


P\s: tgh jaga spm skrg ni, sempat lagi update blog utk hilangkan rasa mengantuk yang amat.. Sabar, harini saja yang terakhir..tahun depan insyaAllah xkena dah, yang xkena tahun ni sila berjaga2 pada tahun hadapan! :p



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, December 13, 2011

bestfriend's wedding!

25 dec 2011, tanda ikatan cinta dian n zhafran,

Dian yg aku kenali adalah seorang yang sweet, funny, kepoh and baik hati..

Zhafran pula seorg yg baik dan pemalu yg amat.. Softspoken..

Semoga pasangan yg bakal diijabkabulkan ini dirahmati Allah SWT, dimurahkan rezeki dan berbahagia hingga hujung waktu..

P/s: dian adlh besfren baik aku sejak kami berkenalan dlm toilet di asrama sm sains hulu selangor dulu.. Love u yanti!

Kad kahwin die sgt cantik okey.. Walaupun tuan punya badan claim kad tu sgt simple, tp pada aku simple itu elegent!

Sunday, December 11, 2011

Sakit!

sudah 4 hari batuk xsembuh2...

sakitnya dada dan tekak Tuhan saja yang tahu,

sekarang ni mmg da jarang sangat minum air berais.. (mmg sejak dulu aku suke air yg suam)

mari share sama-sama doa dan bacaan semasa sakit,

semoga Allah SWT kurniakan kesihatan dan jauhkan kita dari penyakit..



بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ مِنْ كُلِّ شَيْئٍ يُؤْذِيْكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْعَيْنٍ أَوْ حَاسِدٍ , اللهُ يُشْفِيْكَ بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ

"Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada setiap Syaitan dan mahkluk berbisa dan dari setiap pandangan mata dengki & hasad yang berniat jahat"
( Riwayat Al-Bukhari)



Baca tujuh kali dengan tangan diletak di tempat sakit , kemudian baca Bismillah tiga kali dan terus baca doa berwarna biru :


أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

Aku berlindung dengan kuasa Allah dari segala kejahatan yang telah menimpaku dan yang aku ingin hindari. ( Riwayat Muslim)




Tuesday, December 6, 2011

Persediaan fizikal.

Hampir 50% daripada perancangan dah hampir selesai,

Kad : sudah
Makeup,baju,pelamin brsanding : sudah
Kanopi : sudah, tp rasa mcm nak tukar warna..
Kompang: sudah
Bontrot: separuh selesai
Cadar: sudah
Baju famili: separuh, utk lelaki belum belikan baju melayu lg.
Hantaran: 5 dulang setel.nak beli terjemahan alquran kt mph..

BELUM SETEL:

Pa system: xmau karaoke DJ bagai.. Cukuplah alunan nasyid selawat dan lagu2 yg sedap didengar.. Rock kapak,tolak tepi.

Baju nikah: tudung, belum decide lagi samada nak pakai layah atau tidak.. Malas betul nak g tempah kt umah aunty cina tu..yg penting baju simple. Bole dipakai walaupun selepas kawin, xmo baju yg sekadar dipakai sekali dan digantung dlm almari sepanjang tahun..

Doorgift vip: dah pegi tgk2 tapi belum beli.

Langsir: mama nak ajak pegi nagoya or kamdar.. Tailor mestilah mama sendiri :p

Cat: kerja abah n abang.

Karpet bilik pengantin: nak pegi jenguk2 kt jalan tar atau nilai 3.

Bunga telur: beli utk 4pahar saja. Telur doorgift: DIY

Banner dan bunting: belum buat dan taktahu nak buat bila..

Jumpa tok kadi: tunggu bang jamil setelkan dokumen dia dulu.. Belum daftar kat dept nikah rujuk n cerai..

Lauk pauk bahan basah n kering: serahkan pada chef pn norlina dan adik beradik (mama n famili la tu)




¤ Angan-angan yang tinggal angan-angan adalah impian nak nikah kat rumah, sbb tok kadi awal2 tolak nikahkan pengantin kt rumah.. Sedihnye sgt2..


Btw, semalam balik kampung si tunang, dia bawa pusing2 sekinchan n sg besar.. Seronok sgt semua kami redah sawah, palong, pantai, jeti, pasar, paling best makan sate madu kat pantai BM sg nibong..