Sikit Tentang Kahwin
InsyaAllah majlis bakal berlangsung 3-4mac..
3mac -nikah dan malam berinai,
4mac - sanding
ikut perancangan majlis ringkas saje, ikut adat melayu-jawa.
stail rewang, takpayah katering sebab kaum keluarga sendiri ban
yak tukang masak yang handal2. Setakat ni keturunan Atok Abu tak pernah ada majlis yang guna khidmat katering. Org sini kata memalukan je guna katering, sebab jiran tetangga dan keluarga kami lebih senang tolong menolong. Kalau ada jiran yang buat majlis dengan khidmat katering mesti tak berapa meriah sebab saudara mara dan jiran tetangga tak dapat berkumpul ramai2, sambil rewang ni lah mereka mengeratkan silaturrahim..
vendor untuk majlis pun dah tetap,
untuk persalinan, makeup, pakaian dan pelamin kami ambil daripada Azika Collection,
sebab utama ambil kak azi ni, semua hasil kerja dia memuaskan hati dan 'sweet'..
tema: english (xtau la jadi ke x?)
warna: bercampur aduk, haha,, baju nikah kuning raja (berani tu) , berinai ungu manggis, sanding biru turqoise lembut.. bagi preview sket kat bawah ni: (langsung xpandai berahsia aku ni)
sebab pilih baju ni, kakak yang suruh. haha.. lagipun, warna baju ni lembut, stail dress muslimah, xde ekor. Sekarang ni kebanyakan baju penganti berekor-ekor.. susah nak gerak, dan xkemas rasanye, jadi baju ni betullah menepati citarasa kami.
baju kuning diraja untuk nikah tu pula belum available untuk diambil gambarnya. (maksudnya belum pegi tempah la tu, kain masih 'raw' lg)
Photographer pula kami ambil khidmat daripada Acaii Jawe,
sebab pilih bro acaii:
pertama mestilah hasil kerja yang sangat2 cantik! walaupun sedikit 'pricey' , tapi atas nasihat kakak juga, baik 'invest' untuk gambar yang canti supaya akhirnya nanti dapat ditunjukkan kpd anak menantu dan cucu.. Mulanya aku berkira juga nak ambil acaii ni (sayang duit beb), tapi akhirnya ambil juga bila dah abis perah otak ni..
meh kite tgk sikit hasi kerja bro acaii
xtau la macammana pada mata orang kan, tapi bagi aku, hasil kerja dia terang, cantik dan bro acaii ni pandai menjadikan sesuatu yang ringkas untuk jadi lebih cantik. xpercaya? klik acaii jawe
untuk tengak hasil kerja dia yang lagi best!
p/s: lagi satu bro acaii ni jawa juga, so senang la nak berurusan dengan orang yang memahami bahasa dan budaya kita. :)
0 comments:
Post a Comment