Daisypath Wedding tickers

Daisypath Wedding tickers

Wednesday, April 28, 2010

THY and J

masih dalam tahap berpraktikal, ada bagusnya juga kalau aku post entry ttg pelajar2 aku ni.. biarla akan datang aku terbaca, bole dibuat bahan utk kenang-kenangan..


dialog hari ini:

Cikgu: Jonathan, can u please help me? (angkat buku2 bawa ke bilik guru)

J: Teacher, that is not my business..

Cikgu: Toon Hoe Yin, help me please,,

THY: Ok teacher~! lets go teacher! i follow u~ (bdk ini sgt bersemangat)

sampai meja cikgu,

Cikgu: Toon, thank u very much!

THY: Teacher, (sambil tadah tgn)..saya Mau service charge!




Pada scene satu lagi:

Kalau lepas mngajar 1E mmg secara automatik badan jadi letih, tekak sgt kering dan sakit...dan kepala sedikit pening, mood juga sedikit berubah...

Jacky adalah sorg pelajar yang baik, ketua kelas yang rajin dan sangat menumpukan perhatian semasa aku mengajar. akan tetapi ade 4 orang pelajar lain yang suke membuat kacau dalam kelas..


Cikgu: Lepas exam saya sudah xmengajar kelas awak lagi..
Jacky: teacher, why??
Cikgu: i'm going back to my hometown..
Jacky: i know who'll be replacing u, teacher F rite?
Cikgu: yeah.. she's a good teacher..
Jacky: Yeah i noe.. she's good because the boys are very afraid of her..

(erk? aku ni xcukup menakutkan ke??)

Jacky: But teacher, u're good.. u're very good at explaining...

(wah~ ayat yg menyejukkan hati, ubat pening kepala, mood terus gembira dan badan terus sihat!)



Tuesday, April 27, 2010

Budak budak

Tiap hari ade saje perlakuan yg nak menaikkan darah aku.. tapi aku masih boleh bersabar...

Harini JONATHAN, LIEW YEW CHERN, LOY JUN KAI, LOY JUN WEI (xmau lg sorok2 nama budak ni) terlebih aktif. sgt nakal dan bising masa kelas.. Nasib baik lah aku ni garang, at least dorg duduk n buat kerja walaupun mulut tu xberjaya aku nak senyapkan..

Pelik betul, kenapa mulut dorg xboleh berhenti brcakap kuat?? dah la dlm Kantonis,, xpaham ape aku... Tapi menurut perkiraan aku, kelas tadi masih di dalam kawalan kalu mengikut standard SMK JLN TASEK...

Harini aku gunakan pendekatan muka ketat.. eh, sbnarnye hari2 pon buat muka ketat kat kelas E ni, kalu wat muka manis alamat hancus ler kawalan kelas tuh.. tapi kdg2 aku bermanis muka juga ngn dorg ni, sbb kesian kat JACKY, EMERALD, ERIC LEONG, SHARA HO yg nak belajar bersungguh2..

akan tetapi, aku tetap xbole mengejar CHAN QUAN JIAN dan DEONG KAH MUN yang kuat memonteng kelas..

oh ye, arini aku terbantai JONATHAN dan LIEW YEW CHERN dan JAMES dgn pencil case aku sbb dorg bergaduh bila abis kelas tadi.. tiap hari mcm2 drama ngn budak2 ni..



Monday, April 26, 2010

2G

Aku pastinya akan merindui smk jalan tasek, walaupun xsabar2 nak abiskan sesi praktikel ni..

Aku suke mengajar budak yang hendak belajar contohnye kelas sains 1B dan beberapa students kelas 1E... yang xnak belajar, aku dah cuba nasihat dan hantar ke kaunseling.. tp apakan daya, memang students tu sume da bertekad xmahu belajar.. huhu,, lastweek, ade sorang cikgu bersalin, jadi aku diperlukan utk mengganti kelas die. Kelas 2G. 2G=2Ganasss... dipenuhi pelajar yang xmahu belajar, dan bermasalah.

Masuk saja dalam kelas tu hanya ada aku seorg, maybe dorg ke lab, aku tunggu saja.. lebih 10min aku da risau, mane pegi budak2 ni.. lepas tu sorg demi sorg masuk dengan selamba, duduk, minum air, dan tengok saja aku kat situ.. xde pon bg salam sejahtera ke, hai ke, hello ke,

setengah jam kemudian aku kira 13 org xde dlm kelas,. sah2 la ponteng.. sekumpulan pelajar perempuan, dan satu group pelajar lelaki. Hampir 10 min sebelum tamat waktu, baru la pelajar lelaki 5 org balik, aku tanya nama penuh, buku kawalan kelas ditangan pastinya nama dorg bakal aku tulis sebagai PONTENG.

Aku luangkan 5min untuk bersembang ngan 5 org td tu.. rupe2nye dorg baru balik berjumpe mr ling, cikgu disiplin. dorang tunjukkan aku surat gantung sekolah daripada pengetua.. muka dorg sgt selamba, xde tanda2 takut, gelisah, plak tu bole lagi ketawa2..


cikgu: Kamu dari mana ni?? lagi 10 min nak abis waktu baru masuk kelas???

A : hmmm.. hmmm.. tatau la cikgu... (slanga cina cakap melayu sangkut2)

cikgu: macammana awak bole xtau? awak pergi mana?

B : Kami pergi itu jumpa mr ling aaaa cikguu,,,,

Cikgu: Jumpe mr ling mana mungkin sampai satu jam??

C ; Ya laa cikgu.. jumpa mr ling, dia bagi ini surat..

cikgu: -membaca- ..........................dengan ini saya berpuas hati anda digantung sekolah selama 2minggu...
Hah, mulai nextwik kamu xperlu datang sekolah.

A : Saya tau la cikguu... td itu mr ling sudah bgtahu...

cikgu: Apa kamu nak buat bila xdatang sekolah 2minggu?

B : Duduk2 rumah saja lorrr..... tgk tv, main game, jalan-jalan dekat itu ipoh parade..

cikgu: Mak awak mesti sgt marah...

C : xda la cikguuu... mak saya mula2 saja marah.. kemudian xmarah, dia sayang saya lorhhh...

B : ya la cikgu, mak saya bagi duit pegi jalan2.. sangat seronok woo...

A : Cikgu, saya sudah biasa,,,ini kali kedua kena ini macammm...cikgu, budak itu yg duduk belakang, lagi sekali dia buat salah, dia kena berhenti sekolah... dia lagi teruk wooo...

Budak yang duduk belakang tu pun tersengih2 tgk aku.. kemudian dia tanya aku "kenapa cikgu? ada masalah ka??"

~cikgu pon pening~

Monday, April 5, 2010

Hari Ini..

Saja mahu meng'update' blog ini yang sudah lama saya tinggalkan.. Untuk ruangan kali ini, saya cuba menggunakan bahasa melayu dengan tatabahasa dan ejaan yang betul sekali ya... (eh, macam bunyi indonesia pula ya..)


Hari ini di mulakan dengan segar dan juga enak kerana saya mendapat tidur yang cukup dan sebelum tidur pula dimanjakan dengan begitu baik sekali.. hehehe...

Hari ini bersiap ke sekolah dengan pantas dan awal daripada biasa.. begitu bersemangat dan bertenaga.. walaupun ade sedikit rasa malas.. sebab utama saya begitu bersemangat adalah kerana memikirkan tempoh praktikal yang sudah agak hampir ke penghujung.. hanya tinggal sekitar 6 minggu sahaja lagi.. wahhh~ cepat lah minggu ini berlalu~

Jadi hari ini sampai di sekolah pada sekitar 12.30pm dan masih ada masa 40 minit untuk berehat di bilik guru sebelum memulakan pengajaran pada pukul 1.10pm..

Hari ini saya hanya mengajar 2 waktu pengajaran sahaja.. kelas 1B subjek sains dan topik pada hari ini adalah bertajuk 'Human as a complex organism' di mana saya perlu menerangkan sistem-sistem yang terdapat di dalam tubuh badan manusia.. sebagai contoh : 'reproductive system, excretory system and endocrine system'.

Seperti biasa, permulaan pengajaran dimulakan dengan mengimbas kembali apa yang telah mereka pelajari.. iaitu topik 'cell organisation'. kemudian pelajar mendengar penjelasan daripada saya tentang fungsi dan organ-organ yang terlibat.. Sebagai aplikasi kepada idea mereka, saya mengaplikasikan teknik 'cooperative learning' di mana pelajar di bahagi kan kepada 6 kumpulan dan di beri tugas masing-masing. Bahan-bahan: kertas lukisan, marker pen dan juga gambar-gambar organ yang terlibat di dalam sesuatu sistem. Apa yang perlu mereka lakukan adalah, bekerjasama di dalam kumpulan, melukis gambar tubuh badan manusia, memotong gambar-gambar organ tersebut, lekatkan pada gambar tubuh badan manusia dan akhir sekali, namakan sistem serta fungsi sistem tersebut.


Tiada masa untuk sesi 'presentation' kerana pelajar sesi pagi telah menggunakan makmal lebih masa dan mengambil masa kami.. Akibatnya, pelajar saya harus menyiapkan tugasan dalam masa yang singkat.. kasihan mereka...huhuhu..


Saya juga semakin jatuh sayang pada pelajar-pelajar ini... walaupun kadang kala kami mempunyai masalah komunikasi yang agak serius, di mana mereka lebih faham bahasa kantonis daripada bahasa melayu dan bahasa inggeris.. dan saya pula hampir 99% menggunakan bahasa Inggeris.. Jika bercakap melayu, maka lagi peninglah pelajar saya itu.. misal nya, apabila saya katakan reproductive itu adalah pembiakan, maka terkebil-kebil lah mata mereka.. hahaha..



kadang kala, terkebil-kebil mereka kelihatan comel.. kadang kala, Tuhan saja yang tahu...