Daisypath Wedding tickers

Daisypath Wedding tickers

Monday, April 5, 2010

Hari Ini..

Saja mahu meng'update' blog ini yang sudah lama saya tinggalkan.. Untuk ruangan kali ini, saya cuba menggunakan bahasa melayu dengan tatabahasa dan ejaan yang betul sekali ya... (eh, macam bunyi indonesia pula ya..)


Hari ini di mulakan dengan segar dan juga enak kerana saya mendapat tidur yang cukup dan sebelum tidur pula dimanjakan dengan begitu baik sekali.. hehehe...

Hari ini bersiap ke sekolah dengan pantas dan awal daripada biasa.. begitu bersemangat dan bertenaga.. walaupun ade sedikit rasa malas.. sebab utama saya begitu bersemangat adalah kerana memikirkan tempoh praktikal yang sudah agak hampir ke penghujung.. hanya tinggal sekitar 6 minggu sahaja lagi.. wahhh~ cepat lah minggu ini berlalu~

Jadi hari ini sampai di sekolah pada sekitar 12.30pm dan masih ada masa 40 minit untuk berehat di bilik guru sebelum memulakan pengajaran pada pukul 1.10pm..

Hari ini saya hanya mengajar 2 waktu pengajaran sahaja.. kelas 1B subjek sains dan topik pada hari ini adalah bertajuk 'Human as a complex organism' di mana saya perlu menerangkan sistem-sistem yang terdapat di dalam tubuh badan manusia.. sebagai contoh : 'reproductive system, excretory system and endocrine system'.

Seperti biasa, permulaan pengajaran dimulakan dengan mengimbas kembali apa yang telah mereka pelajari.. iaitu topik 'cell organisation'. kemudian pelajar mendengar penjelasan daripada saya tentang fungsi dan organ-organ yang terlibat.. Sebagai aplikasi kepada idea mereka, saya mengaplikasikan teknik 'cooperative learning' di mana pelajar di bahagi kan kepada 6 kumpulan dan di beri tugas masing-masing. Bahan-bahan: kertas lukisan, marker pen dan juga gambar-gambar organ yang terlibat di dalam sesuatu sistem. Apa yang perlu mereka lakukan adalah, bekerjasama di dalam kumpulan, melukis gambar tubuh badan manusia, memotong gambar-gambar organ tersebut, lekatkan pada gambar tubuh badan manusia dan akhir sekali, namakan sistem serta fungsi sistem tersebut.


Tiada masa untuk sesi 'presentation' kerana pelajar sesi pagi telah menggunakan makmal lebih masa dan mengambil masa kami.. Akibatnya, pelajar saya harus menyiapkan tugasan dalam masa yang singkat.. kasihan mereka...huhuhu..


Saya juga semakin jatuh sayang pada pelajar-pelajar ini... walaupun kadang kala kami mempunyai masalah komunikasi yang agak serius, di mana mereka lebih faham bahasa kantonis daripada bahasa melayu dan bahasa inggeris.. dan saya pula hampir 99% menggunakan bahasa Inggeris.. Jika bercakap melayu, maka lagi peninglah pelajar saya itu.. misal nya, apabila saya katakan reproductive itu adalah pembiakan, maka terkebil-kebil lah mata mereka.. hahaha..



kadang kala, terkebil-kebil mereka kelihatan comel.. kadang kala, Tuhan saja yang tahu...




0 comments: