Daisypath Wedding tickers

Daisypath Wedding tickers

Wednesday, April 28, 2010

THY and J

masih dalam tahap berpraktikal, ada bagusnya juga kalau aku post entry ttg pelajar2 aku ni.. biarla akan datang aku terbaca, bole dibuat bahan utk kenang-kenangan..


dialog hari ini:

Cikgu: Jonathan, can u please help me? (angkat buku2 bawa ke bilik guru)

J: Teacher, that is not my business..

Cikgu: Toon Hoe Yin, help me please,,

THY: Ok teacher~! lets go teacher! i follow u~ (bdk ini sgt bersemangat)

sampai meja cikgu,

Cikgu: Toon, thank u very much!

THY: Teacher, (sambil tadah tgn)..saya Mau service charge!




Pada scene satu lagi:

Kalau lepas mngajar 1E mmg secara automatik badan jadi letih, tekak sgt kering dan sakit...dan kepala sedikit pening, mood juga sedikit berubah...

Jacky adalah sorg pelajar yang baik, ketua kelas yang rajin dan sangat menumpukan perhatian semasa aku mengajar. akan tetapi ade 4 orang pelajar lain yang suke membuat kacau dalam kelas..


Cikgu: Lepas exam saya sudah xmengajar kelas awak lagi..
Jacky: teacher, why??
Cikgu: i'm going back to my hometown..
Jacky: i know who'll be replacing u, teacher F rite?
Cikgu: yeah.. she's a good teacher..
Jacky: Yeah i noe.. she's good because the boys are very afraid of her..

(erk? aku ni xcukup menakutkan ke??)

Jacky: But teacher, u're good.. u're very good at explaining...

(wah~ ayat yg menyejukkan hati, ubat pening kepala, mood terus gembira dan badan terus sihat!)



Tuesday, April 27, 2010

Budak budak

Tiap hari ade saje perlakuan yg nak menaikkan darah aku.. tapi aku masih boleh bersabar...

Harini JONATHAN, LIEW YEW CHERN, LOY JUN KAI, LOY JUN WEI (xmau lg sorok2 nama budak ni) terlebih aktif. sgt nakal dan bising masa kelas.. Nasib baik lah aku ni garang, at least dorg duduk n buat kerja walaupun mulut tu xberjaya aku nak senyapkan..

Pelik betul, kenapa mulut dorg xboleh berhenti brcakap kuat?? dah la dlm Kantonis,, xpaham ape aku... Tapi menurut perkiraan aku, kelas tadi masih di dalam kawalan kalu mengikut standard SMK JLN TASEK...

Harini aku gunakan pendekatan muka ketat.. eh, sbnarnye hari2 pon buat muka ketat kat kelas E ni, kalu wat muka manis alamat hancus ler kawalan kelas tuh.. tapi kdg2 aku bermanis muka juga ngn dorg ni, sbb kesian kat JACKY, EMERALD, ERIC LEONG, SHARA HO yg nak belajar bersungguh2..

akan tetapi, aku tetap xbole mengejar CHAN QUAN JIAN dan DEONG KAH MUN yang kuat memonteng kelas..

oh ye, arini aku terbantai JONATHAN dan LIEW YEW CHERN dan JAMES dgn pencil case aku sbb dorg bergaduh bila abis kelas tadi.. tiap hari mcm2 drama ngn budak2 ni..



Monday, April 26, 2010

2G

Aku pastinya akan merindui smk jalan tasek, walaupun xsabar2 nak abiskan sesi praktikel ni..

Aku suke mengajar budak yang hendak belajar contohnye kelas sains 1B dan beberapa students kelas 1E... yang xnak belajar, aku dah cuba nasihat dan hantar ke kaunseling.. tp apakan daya, memang students tu sume da bertekad xmahu belajar.. huhu,, lastweek, ade sorang cikgu bersalin, jadi aku diperlukan utk mengganti kelas die. Kelas 2G. 2G=2Ganasss... dipenuhi pelajar yang xmahu belajar, dan bermasalah.

Masuk saja dalam kelas tu hanya ada aku seorg, maybe dorg ke lab, aku tunggu saja.. lebih 10min aku da risau, mane pegi budak2 ni.. lepas tu sorg demi sorg masuk dengan selamba, duduk, minum air, dan tengok saja aku kat situ.. xde pon bg salam sejahtera ke, hai ke, hello ke,

setengah jam kemudian aku kira 13 org xde dlm kelas,. sah2 la ponteng.. sekumpulan pelajar perempuan, dan satu group pelajar lelaki. Hampir 10 min sebelum tamat waktu, baru la pelajar lelaki 5 org balik, aku tanya nama penuh, buku kawalan kelas ditangan pastinya nama dorg bakal aku tulis sebagai PONTENG.

Aku luangkan 5min untuk bersembang ngan 5 org td tu.. rupe2nye dorg baru balik berjumpe mr ling, cikgu disiplin. dorang tunjukkan aku surat gantung sekolah daripada pengetua.. muka dorg sgt selamba, xde tanda2 takut, gelisah, plak tu bole lagi ketawa2..


cikgu: Kamu dari mana ni?? lagi 10 min nak abis waktu baru masuk kelas???

A : hmmm.. hmmm.. tatau la cikgu... (slanga cina cakap melayu sangkut2)

cikgu: macammana awak bole xtau? awak pergi mana?

B : Kami pergi itu jumpa mr ling aaaa cikguu,,,,

Cikgu: Jumpe mr ling mana mungkin sampai satu jam??

C ; Ya laa cikgu.. jumpa mr ling, dia bagi ini surat..

cikgu: -membaca- ..........................dengan ini saya berpuas hati anda digantung sekolah selama 2minggu...
Hah, mulai nextwik kamu xperlu datang sekolah.

A : Saya tau la cikguu... td itu mr ling sudah bgtahu...

cikgu: Apa kamu nak buat bila xdatang sekolah 2minggu?

B : Duduk2 rumah saja lorrr..... tgk tv, main game, jalan-jalan dekat itu ipoh parade..

cikgu: Mak awak mesti sgt marah...

C : xda la cikguuu... mak saya mula2 saja marah.. kemudian xmarah, dia sayang saya lorhhh...

B : ya la cikgu, mak saya bagi duit pegi jalan2.. sangat seronok woo...

A : Cikgu, saya sudah biasa,,,ini kali kedua kena ini macammm...cikgu, budak itu yg duduk belakang, lagi sekali dia buat salah, dia kena berhenti sekolah... dia lagi teruk wooo...

Budak yang duduk belakang tu pun tersengih2 tgk aku.. kemudian dia tanya aku "kenapa cikgu? ada masalah ka??"

~cikgu pon pening~

Monday, April 5, 2010

Hari Ini..

Saja mahu meng'update' blog ini yang sudah lama saya tinggalkan.. Untuk ruangan kali ini, saya cuba menggunakan bahasa melayu dengan tatabahasa dan ejaan yang betul sekali ya... (eh, macam bunyi indonesia pula ya..)


Hari ini di mulakan dengan segar dan juga enak kerana saya mendapat tidur yang cukup dan sebelum tidur pula dimanjakan dengan begitu baik sekali.. hehehe...

Hari ini bersiap ke sekolah dengan pantas dan awal daripada biasa.. begitu bersemangat dan bertenaga.. walaupun ade sedikit rasa malas.. sebab utama saya begitu bersemangat adalah kerana memikirkan tempoh praktikal yang sudah agak hampir ke penghujung.. hanya tinggal sekitar 6 minggu sahaja lagi.. wahhh~ cepat lah minggu ini berlalu~

Jadi hari ini sampai di sekolah pada sekitar 12.30pm dan masih ada masa 40 minit untuk berehat di bilik guru sebelum memulakan pengajaran pada pukul 1.10pm..

Hari ini saya hanya mengajar 2 waktu pengajaran sahaja.. kelas 1B subjek sains dan topik pada hari ini adalah bertajuk 'Human as a complex organism' di mana saya perlu menerangkan sistem-sistem yang terdapat di dalam tubuh badan manusia.. sebagai contoh : 'reproductive system, excretory system and endocrine system'.

Seperti biasa, permulaan pengajaran dimulakan dengan mengimbas kembali apa yang telah mereka pelajari.. iaitu topik 'cell organisation'. kemudian pelajar mendengar penjelasan daripada saya tentang fungsi dan organ-organ yang terlibat.. Sebagai aplikasi kepada idea mereka, saya mengaplikasikan teknik 'cooperative learning' di mana pelajar di bahagi kan kepada 6 kumpulan dan di beri tugas masing-masing. Bahan-bahan: kertas lukisan, marker pen dan juga gambar-gambar organ yang terlibat di dalam sesuatu sistem. Apa yang perlu mereka lakukan adalah, bekerjasama di dalam kumpulan, melukis gambar tubuh badan manusia, memotong gambar-gambar organ tersebut, lekatkan pada gambar tubuh badan manusia dan akhir sekali, namakan sistem serta fungsi sistem tersebut.


Tiada masa untuk sesi 'presentation' kerana pelajar sesi pagi telah menggunakan makmal lebih masa dan mengambil masa kami.. Akibatnya, pelajar saya harus menyiapkan tugasan dalam masa yang singkat.. kasihan mereka...huhuhu..


Saya juga semakin jatuh sayang pada pelajar-pelajar ini... walaupun kadang kala kami mempunyai masalah komunikasi yang agak serius, di mana mereka lebih faham bahasa kantonis daripada bahasa melayu dan bahasa inggeris.. dan saya pula hampir 99% menggunakan bahasa Inggeris.. Jika bercakap melayu, maka lagi peninglah pelajar saya itu.. misal nya, apabila saya katakan reproductive itu adalah pembiakan, maka terkebil-kebil lah mata mereka.. hahaha..



kadang kala, terkebil-kebil mereka kelihatan comel.. kadang kala, Tuhan saja yang tahu...




Tuesday, March 30, 2010

Sudah tiada rezeki...

Aku ditakdirkan mengajar subjek pendidikan seni sebagai tambahan untuk mencukupkan waktu pengajaran 12 masa. 10 masa adalah waktu sains.... walhal aku xpenah pon dalam seumur hidup dapat A dlm subjek pendidikan seni, sebab, sememangnya sudah ditakdirkan aku ni tak kreatif langsung.. aku rase dlm 3 org anak incik zaabah, aku sememangnya terkenal dgn ketidakkreatifannya... sedangkan nak melukis orang lidi pon hodoh.. apatah lg melukis pemandangan, ruang, bentuk, rupa dan sebagainya... Dan kali terakhir aku belajar melukis pada ketika tingkatan1-2. Masa tu encik Amir yang mengajar di semashur. Kemudian aku dah beralih arah menukar kelas ke kelas muzik di mana tidak memerlukan aku melukis lukisan-lukisan hodoh lagi... huhuhuu~ di Upsi juga aku tidak diajar bagaimana mahu mengajar subjek seni ini...



Nak dijadikan cerita, di SMK JT ni, mrs Ong telah menukar jadual aku untuk mengajar seni 1B... Pertama kali mengajar adalah pada minggu lepas..budak2 salin nota saja pada ketika itu.. Puan Ruzanah selaku guru pendidikan seni pun beritahu 'ala..kamu suruh je budak2 tu salin nota kat buku rujukan,, xyah melukis.. ngada2 je budak tuh...' Aku pelik, bukan ke subjek ni memerlukan bdk2 melukis, bile dalam kelas bdk2 memberontak nak minta melukis, aku janji dgn mereka, minggu depan melukis..


Nak dijadikan cerita lagi.. sebagai guru prektikel, mmg la subjek major (sains) diutamakan, dan sentiasa bersedia menerima kunjungan lecturer.. Tetapi, kebiasaannya, lecturer akan observe pada waktu pengajaran sains.. dan bukannya subjek yang hanya utk mencukupkan waktu...

Malangnya, pada hari ini, encik zahid call lagi sejam sebelum bermula kelas pendidikan seni mengatakan die mahu observe kelas pengajaran seni,, alangkah pelik bin ajaib bin memeningkan kepala aku sebagai guru yang baru dua hari mengajar subjek seni.. sedangkan silibus pun belum dihafal..ini kan pula mahu diobserve dan diberi markah...

dan dijadikan cerita semula, kelas pengajaran pada hari tersebut aku kira berjalan lancar,, cuma ade dua-tiga pelajar minta lebih perhatian sbb mereka xreti melukis.. disuruhnya aku melukis sofa, kerusi roda, tilam, meja solek dan sebagainya~ alahai student ku sayang... cikgu mu ini xkreatif dan tiada nilai2 seni dan estetika dalam diri cikgu ni.. tapi sudah dinamakan 'cikgu', maka aku dengan yakin melukis apa saja yg mereka mahukan.. konfidennn jee....


Ulasan lecturer?? kawalan kelas yang perlu diperbaiki... BuKAN aku tidak bersyukur.. tapi, biasa la, dalam diri manusia ni mmg ade secubit rasa ketidakpuasan hati, walaupun aku cuba untuk memadamkan perasaan tersebut.. huhu, sudah bukan rezeki aku.. itu yang aku ckp dlm hati ni selalu...

antara ketidakpuasanhatiku? tidak perlulah dihighlight di sini ye, kerana ruangan dibawah ini adalah untuk aku seorg sahaja, jika anda merasakan saya tidak patut berperasaan begini, maka anda abaikan ruangan ini...

'Pelajar ku majoritinya adalah **** yang tidak reti bahasa melayu.. english pon tongganglanggang... pelajar bangsa ini sememangnya jenis bercakap dengan nada tinggi (bising) dan juga kuat bercakap di dalam kelas... hanya mahu bermain, dan subjek pendidikan seni sememangnya dianggap mereka sebagai subjek mainan.. dan aku juga baru sahaja memegang kelas ini pada minggu lepas.. tidakkah layak aku menerima sedikit belas kasihan mahupun budi bicara darpd lecturer tersebut? tidakkah dia mahu memberi peluang kedua?



Sunday, March 21, 2010

weekend bosan

JADUAL KU HILANG~!!! huwaaaa~ cmne nak ngaja esok? cmne nak wat lesson plan.. aku belum on smpat ngafal jadual baru yg mrs ong bagi.. ni sume gara2 semangat nak cuti seminggu lastwik, sume bende jadi kabut.. skang ape sudah jadi? esok ngaja kelas ape? brape mase? waktu pertama ade kelas ke x? kat mane aku ilangkan? dalam bilik guru? atas meja? terselit dlm buku rncangan mngajar yg dah di anta ke pengetua utk ditanda?? adehhh~i need plan B! plan B!

seingat2 lupe aku, esok ade kelas 1B satu masa.. tp xtau le kepastiannya~ kalau lah boleh menceroboh ofis hari ahad camni, da lame aku pegi..
huhuhu~

Sunday, March 14, 2010

denda..

mcmmane nak denda pelajar tanpa sentuh mereka ni ye? sape ade cdgn sile tinggalkan pesanan anda.. otak da buntu pikir camne nak denda.. rasenye kat upsi dlu xde kami di ajar camne nak denda pelajar yang nakal, tak mahu berhenti bercakap, xmahu buat keje.. aiyak~


skrg dlm proses mengingat nama pelajar, yang aku ingat nama2 budak nakal.. yg baik2 susah plak nak di hafal.. jonathan, jacky, emerald, loy jun wei, loy jun wen, rienmeet sigh, rosalind, ooi mee si, pooh mun kit, leong kar wei, loh yang kang, LIEW YEW CHERN, CHANG QUAN JIAN, lee chun hoe, tang chun kun, chan hui khi.. haha.. ni ler antara student yang bertuah masuk dlm blog ni.. nama yang telah di capslock kan tu adalah student yg paling nakal seantero sekolah.. pening kepala nak kawal budak2 ni.. xmakan saman, bile di tegur secara baik or marah, dorg pandang cikgu nak lawan mata.. kalo buat eksperimen dlm lab siap baring atas meja.. adoyai... mcm2 ini budak la..
kalo di tegur lagi, die buat2 xpaham bahasa, mei ar? mei ar? (ape die2?) itu je yg dorg jawab.

Mulai 22hb ni jadual sekolah dah bertukar, takde lagi subjek sivik dlm kamus hidup aku.. hehe.. takde lagi kelas 2F~ babai~ hehe.. welcome pendidikan seni 1B.. walaupun aku xkreatif, tp lagi aku sanggup menghadap student 1B drpd 2F.. hihihi..

Saturday, January 23, 2010

SMK JLN TASEK.



smk jln tasek ni lah tempat aku brpraktikal sekarg... skola kategori bandar, trletak btul2 tepi tesco extra jln tasek, ipoh... bandar terdekat, bandar ipoh, bercham dan klebang.. pelajar 70% chinese, 20% malay, 10%indian.. kalau ikut kate gpk puan jamaliah mase kitorg br2 mndaftar kat sini, sekola ni kategori sekolah baik kalau nak banding dgn ACS, Buntong, raja chulan dan sekolah2 lain lagi.. tp setelah seminggu kat sini, macam2 crite xbest dgr kat telinga.. cerita2 dari cikgu2 senior sekolah ni... ade cikgu ckp, sekolah ni student macam hantu, susah nak kontrol, student chinese susah nak paham bhs melayu, english.. kadang tu mandarin pon tak paham sbb diorg ni bcakap dlm kantonis je... sekolah rendah pon dari srjkc.. haihhh..


1st day datang, kitorg terus masuk prhimpunan, lama perhimpunan tu.. rupa2nya baru la kami tau pengetua Tn Hj Makhfudz nak bersara jumaat tu.. jadi ni lah ucapan terakhir die.. pjg lebar,, penuh puitis falsafah kata2 beliau... sampai ade yg ngantuk2.. huhu...

dari atas pentas aku perhati mmg sgt ramai student chinese sini.. cikgu2 pon hampir separuh adalah non malay.. makin la aku berdebar.. huhuhu, sgt kejutan budaya sebab dulu zaman aku sekolah dari sk smpi smk, majoriti adalah malay.. sini mmg beza..

lagi satu yang merunsingkan, masalah disiplin.. aiyaa,,,, budak2 ini lor... ade muka yg macam ah long pon ade... siap bakar bilik disiplin lagi.. tayar cekgu slalu pancit.. hohoho... sekolah ni sgt bising.. xde satu saat pon senyap sepnjang kami tinggal kat sekolah kat sini.. berbeza betul dgn kat semashur.. isk isk isk... cikgu mangajar pon sampai nak keluar anak tekak sbb student dlm kelas xdgr.. sbbnye, suasana sekolah ni mmg sgt2 bising..hu..... student dlm kelas pon xtahu duduk diam,berdasarkan pengalaman kami observe guru mengajar.. tp ada juga yg baik.. yg rajin.. tetapi malangnya didominasi oleh mereka yang agak susah dikawal..huhuhu, xmo kata nakal~


lepas perhimpunan, kami melapor diri dgn GPK, maybe sbb pengetua da nak bersara, jadi die xamik tau sgt hal kami ni, sume urusan deal dgn puan jamaliah.. satu yang buat aku respect kat puan jamaliah ni, die ni macam ada satu aura.. sekali tgk org bole ingat die ni pengetua sekolah,, betul2 ade karisma, tegas, n kemas,.. macam dato VC pn ade aku tgk die ni.. mcm2 die nasihat pada kami..kebanyakan perkara brkaitan pengurusan kelas.. dan juga pengalaman2 dia..

so, sepanjang minggu lepas, kami xberi jadual lagi.. relief class pon xde.. hanya duduk2 kat bilik guru, kantin, berjalan area sekolah.. pusat sumber.. fuhhh bosan! kalau org kat sekolah lain mesti da sibuk relief klas n mengajar.. kami kat sini terpaksa betul2 ikut protokol.. GPK kate, kalau tgh ROS, buat lah cara ROS.. maksudnye xpayah la nak masuk kelas lagi or buat byk2 keje.. hanya siapkan laporan ROS saje..huhuhu...

Malas cerita pjg, tgk jela gamba2 aktiviti kami kat sekolah spnjg minggu lepas...




Tema hari biru utk majlis persaraan Tn Hj makhfudz... tdg aku yg selebet sila abaikan...

Tn Hj Makhfudz bersama pengarah pelajaran perak. Yg blakang tu Cikgu ariff PK hem sekolah bersama org2 kuat JPN n ppd kinta utara..

Selepas semua ucapan2, persembahan pelajar.. time i cikgu ramai dah blah ke kantin,, disebabkan kami baru, maka buat senyuman plastik saje tahan perut lapar.. isk isk isk.. jelesnye kt cekgu senior..

11.45am, Pengetua dan isteri diarak menaiki Hilux.. diiringi guru2.. mcm YB menang bertanding pon ade aku nengok...


Barisan pelajar plak.. xramai time ni,, nampak sgt bebudak ni dah lenyap ke mane tah.. g jusco gaknye.. huhu

Perhimpunan harian.. mcm kat semashur gak, hari2 nyanyi lagu sekolah..

Partner aku yg kebosanan...

Aina lg yg kebosanan di bilik guru.. ngntuk... bagi la kami keje...


Sementara tunggu meeting sekolah pertama kali kami join.. cikgu2 ni datang lambat~ kitorg je yg semangat n skema..


sekian, tu saja setakat ni.. update ttg ipoh, next entry..
bile rajin ler br update.. huhuhu...




Saturday, January 9, 2010

cemplang

Cemplang ni perkataan bahasa jawa maksud die tawar.. semenjak 2menjak ni air yg aku wat sentiasa cemplang.. aku rase da ok, tp bile bg org lain diorg cakap cemplang especially en zaabah.. tiap kali suro aku wat air utk die xkire r nescafe ke, kopi ke, kopi susu ke, teh ke sume die komplen tawar~ pelik~ deria rase aku yg berubah ke org lain yg semakin suke bende manis??
huh,bagus gak wat air tawar2 ni, kurang sket penggunaan gula n susu kan... jimat... lagi2 sejak ade sorg pakcik ni introduce milo kosong, aku dah jd addicted nak minum je milo kosong ni.. huhu, cara nak buat senang n mudah, tambah milo dgn air panas, kacau, dah siap! xyah letak gula or susu.. tp milo lebeh sket la.,.. sedap babe.... tiap pagi mst ni la menu breakfast aku, cereal dgn milo kosong~ sbg ganti aku xminum susu kosong.. huhuhu,,, dulu zaman kanak2 riang ria sedap je aku telan susu fernleaf tu, tapi skang, xtrtelan~ erghhh~

Friday, January 8, 2010

try je

erm.. da lame dah bende ni patut diupdate, tp disebabkn penyakit malas, maka post ni juz tersimpan dalam draft je, skg ni baru nk edit n post balik.. huhu...

bese la, cuti2 ni nafsu mkn membuak2. hahaha.. sume bende kalo bole nk mkn.,, nak beli mahal. so me n kakak try le wat sendiri ape2 yg kitorg rase nak makan.. kebetulan kitorg same2 cuti sebulan, so takde keje, kitorg carik le keje.. huhu,
n keje kitorg tak lain tak bukan try2 resepi yang ade kat internet..
resepi2 yang kitorg try wat ni contohnye aritu kami buat puding karamel lapis coklat, pastu wat puding coklat, agar2 roti, n agar2 laici yg simple n mudah n yg penting murah.

then kitorg cuba resepi peach cheescake,
senang je buat cheesecake ni, nak beli kat secret recipe mahal, so why not kite buat sendiri kan..


ni ler bahan2 utk peach cheesecake ni,
  • cheese~ beli kat tesco ok gak, byk pilihan
  • gula~ amaun tu xingat le, sbb list resepi tu mane tah.. kalo nk tau try le google sndri eh..
  • peach dlm tin,
  • butter~ utk base
  • biskut marie n almond sket.~ ni pon utk base kek tu.


First kite kene mule wat base kek tu.. almond tu dibakar, or 'sangan' pon bole.. xtau le sangan tu bahasa melayu or jawa.. hahaha.. my mum kate sangan je sudah.. xyah bakar2 ni.. sangan tu maksudnye, panas kan almond tu dlm kuali jangan letak minyak.. goreng kering.

kemudian, biskut marie tu dihancurkan, campur dengan almond tadi.. tambahkan 100g butter n kacau rata..

agak2 dah rata masukkan dalam bekas yang da dilapik dengan aluminium foil. ratakan base td..
tak terlalu tebal n nipis.. sedang2 ja ok..dah tu, masukkan dalam fridge biar sejuk sket.

sementara base tu kat fridge,prepare plak utk cheesecake tu.
sediakan bahan, cheese n sugar.pukul smpai sebati.

masukkan buah peach yg di potong dadu.. pukul lg.. sampai rata n sebati.

kemudian just tuang atas base td.. n kukus dlm 45min..
gamba selepas kukus xde la plak.. sbb lupe nak snap, lepas kukus masukkn dlm fridge n biar semalaman br sedap.,
senang je kan., n sedap plak tuh... huhuhuhu...

...

kdg2 rase nk taip something kat sini..
nak cerita pasal masalah2..
tp tanak org tau.. hu.....
nk wat cmne ye???
sbb tu jarang dah update blog ni..
kenape aku tanak org tau ape aku fikir eh??
tah la..

aku rase aku ptt wat blog baru..
takpon privatekan je blog ni..
hmmm...
tgk le cmne nanti..

Thursday, January 7, 2010

no komen..

hari2 cuti selama sebulan ni da nak abis?? mcm xcaye je.. xsampai 2wiks lg aku da pindah ipoh..
mende pe tah yg nak dikomen..takde pe pon,

nape ek? nape mcm cuti ni kejap je. dolu2 takde pon camni, dulu kalo cuti 2minggu pon da panas pun**g nk balik kolej..huhuh, mybe sbb skg ni da ade org lyn kot.. so tade ler buhsan sgt,,kuikuikui,,,
so, thanx a lot kpd org yg rajin melayan tu eh.. hikhikhik, ketawe gedik..
xsabau nak tggu nextwik! nak soping~!!

aiyaa,, br nak updae blog kejap semut2 ni dah kacau.. cet.. ape kene ler semut2 sesat ni dok merayap kt laptop ni.. manis sgt ke laptop aku ni?? oo..lupe..tuan punye laptop ni yg sweet sour.. ptt pon semut suke.. hakhakhak.. ciaow dlu...
kpd incik dotdotdot yg namenye tidak disebut disini,. get well soon~ tggu ahad ni~
jeng jeng jeng....